Our hijab is Our Proud


Assalamualaikum


Kalau ada yang kata:
"Pakai la tudung, kann cantik. Sopan je. Manis pulak tuu. Hee"


Ada pule yang jawab gini:
"Aku tau tuu. Aku tampak lebih manis & ayu kalau bertudung. Tambahan pula, ramai yang kata aku cute bila pakai tudung. haha. Tapi kann, nantilah. Bukan apa. Bukan tak nak. Tapi, tunggu dapat seru dulu. Ada rezeki, aku pakai la ye. Hihi."


Ustaz Azhar Idrus balas:
(tak ingat sangat dialog asal sebab kurang makan kismis tapi isinya macam ni).
Tunggu dapat seru? Walhal penyeruan bagi wanita untuk menutup auratnya dengan sempurna da ter'mention' dalam Quran 1400 tahun dulu. nak tunggu seru apa lagi?


Jangan tunggu smpai Allah seru balek masuk tanah. Time tu memang da tertutup rapi aurat kita. Tapi, bukan lagi dengan Shawl, Pashmina, Tudung Siti, Scarf Mawi, Scarf Topi Alleycats, Tudung Syria, Tudung Argentina & berbagai-bagai lagi. Kali ni dengan kain kapan. Comel molek je kain kapan tu warne putih. Siap dengan wangian kapur barus lagi. Takde da Paris Hilton, Dashing, Silky Girl, Silky Boy punye minyak wangi jemaah surau nak semburkan time tu (:

ok ni je lah cerita faa untuk hari ni smile xoxo :*

SEKIAN TERIMA KASIH
WASSALAM


Assalmualaikum 
Bismillahirrahmanirrahim
kepada semua y membaca blog ini 
*cehwah macam ramai je kn y baca blog saya* ( haha )
kali nih aku saya kongsi tentang mak dan abah (':
*gedik okay gedik* ( haha )

Hanya ibu bapa yang sanggup menerima apa pun keadaan dan kekurangan anak mereka. Itu yang berada di benak saya. Dan jangan terlalu berharap, ada manusia lain yang akan memahami situasi kita. Ibu bapa akan sentiasa memahami, dan akan sentiasa rela berkorban demi anak mereka. Inilah yang dikatakan lumrah dunia. Lumrah insan.

Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir dan memahami apa yang cuba saya sampaikan. Satu contoh, akan saya berikan. Antara ibu bapa, suami, isteri atau pun kawan baik, siapa yang lebih rela menjaga anda yang tiba2 mengalami sakit strok, lumpuh, atau pun cacat anggota secara kekal selepas berlaku kemalangan?

Kawan? Sekejap mungkin boleh… Tapi seorang ibu, akan menjaga anaknya sepanjang hayat. Selagi nafas masih ada. Selagi terdaya. Selagi termampu. Tak kisah la anaknya itu kaya atau miskin, cantik atau hodoh, pandai atau bodoh, sempurna atau cacat. Ibu bapa lah orang yang akan sentiasa menerima segala kelebihan mahupun kekurangan yang ada pada anaknya.

Terima kasih kepada abah yang tidak memarahi saya apabila saya dibuang sekolah.

Terima kasih kepada abah yang tidak pernah mengungkit wangnya banyak habis sepanjang membesarkan saya.

Terima kasih kepada abah yang sanggup berhutang keliling pinggang untuk memberi saya duit belanja sekolah.

Terima kasih kepada abah yang sanggup memandu lama untuk menghantar saya kerana saya tidak pandai memandu.

Terima kasih kepada abah kerana menjadi tempat untuk saya berlindung.

Terima kasih kepada mak yang menyisir rambut saya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.

Terima kasih kepada mak yang sanggup berjaga sepanjang malam menjaga saya apabila saya demam.

Terima kasih kepada mak yang menjaga makan dan minum saya.

Terima kasih kepada mak yang selalu tinggalkan lauk untuk saya, sedangkan dia hanya makan memadai dengan adanya nasi dan sambal kicap.

Terima kasih kepada mak yang menggosok pakaian saya supaya tampak kemas.

Terima kasih kepada mak yang berasa marah apabila saya dibuli, diejek dan dipersenda oleh rakan.

Terima kasih kepada mak yang selalu menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan.

Terima kasih kepada mak dan abah yang menerima saya seadanya. Menerima segala kelemahan dan kekurangan diri saya.

ok ni je lah cerita faa untuk hari ni smile xoxo :*

SEKIAN TERIMA KASIH 
WASSALAM
Assalamualaikum
haish dah lama kn dah tak update blog? ek eley kau faa itu pun nak kecoh, eley kau suka hati aku lhh ,yehh faa okay haha hari nih aku nak cerita pasal tempat kerja aku ya itu CD fast food pontian jalan taib. banyak sangat kenangan aku kt sana dari awal mula mula aku kerja sampai lahh aku last kerja, macam jenis orang pun aku dah pernah jumpa, macam perangai lagi lahh y selalu buat sakit hati happy biasa lahh tuh kn (: aku rindu sangat kt staf CD fast food (






ini lahh kami! y cina tuh menantu bos (: aku tau entry aku nih membosan kn tapi ada aku kisah? haha

ok ni je lah cerita faa untuk hari ni smile xoxo :*

SEKIAN TERIMA KASIH
WASSALAM