Assalmualaikum 
Bismillahirrahmanirrahim
kepada semua y membaca blog ini 
*cehwah macam ramai je kn y baca blog saya* ( haha )
kali nih aku saya kongsi tentang mak dan abah (':
*gedik okay gedik* ( haha )

Hanya ibu bapa yang sanggup menerima apa pun keadaan dan kekurangan anak mereka. Itu yang berada di benak saya. Dan jangan terlalu berharap, ada manusia lain yang akan memahami situasi kita. Ibu bapa akan sentiasa memahami, dan akan sentiasa rela berkorban demi anak mereka. Inilah yang dikatakan lumrah dunia. Lumrah insan.

Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir dan memahami apa yang cuba saya sampaikan. Satu contoh, akan saya berikan. Antara ibu bapa, suami, isteri atau pun kawan baik, siapa yang lebih rela menjaga anda yang tiba2 mengalami sakit strok, lumpuh, atau pun cacat anggota secara kekal selepas berlaku kemalangan?

Kawan? Sekejap mungkin boleh… Tapi seorang ibu, akan menjaga anaknya sepanjang hayat. Selagi nafas masih ada. Selagi terdaya. Selagi termampu. Tak kisah la anaknya itu kaya atau miskin, cantik atau hodoh, pandai atau bodoh, sempurna atau cacat. Ibu bapa lah orang yang akan sentiasa menerima segala kelebihan mahupun kekurangan yang ada pada anaknya.

Terima kasih kepada abah yang tidak memarahi saya apabila saya dibuang sekolah.

Terima kasih kepada abah yang tidak pernah mengungkit wangnya banyak habis sepanjang membesarkan saya.

Terima kasih kepada abah yang sanggup berhutang keliling pinggang untuk memberi saya duit belanja sekolah.

Terima kasih kepada abah yang sanggup memandu lama untuk menghantar saya kerana saya tidak pandai memandu.

Terima kasih kepada abah kerana menjadi tempat untuk saya berlindung.

Terima kasih kepada mak yang menyisir rambut saya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.

Terima kasih kepada mak yang sanggup berjaga sepanjang malam menjaga saya apabila saya demam.

Terima kasih kepada mak yang menjaga makan dan minum saya.

Terima kasih kepada mak yang selalu tinggalkan lauk untuk saya, sedangkan dia hanya makan memadai dengan adanya nasi dan sambal kicap.

Terima kasih kepada mak yang menggosok pakaian saya supaya tampak kemas.

Terima kasih kepada mak yang berasa marah apabila saya dibuli, diejek dan dipersenda oleh rakan.

Terima kasih kepada mak yang selalu menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan.

Terima kasih kepada mak dan abah yang menerima saya seadanya. Menerima segala kelemahan dan kekurangan diri saya.

ok ni je lah cerita faa untuk hari ni smile xoxo :*

SEKIAN TERIMA KASIH 
WASSALAM

No comments:

Post a Comment