Wanita ...

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah 
sekarang dah ramai y berhijrah ke arah y lebih baik, menutup aurat dah, y sememangnya menutup aurat tu makin mahu lebih lagi, bersyukur sesangat.
ok hari ni faa nak berkongsi pasal Wanita Muslimah.
faa search kt google, tetiba ni y telah menarik hati faa ( :


Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??
Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati
~ Nur ~
Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya??
Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut
dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.
Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.
Ketahuilah muslimah,
Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.
Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati mu.Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu.Ditenangkan hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.
Ingatlah muslimah sekalian,
Jika hatimu bersih IN SHAA ALLAH dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.
Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah,ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.Kerana rasa itu milik Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.
Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.
Wahai muslimah,
Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia..
Waalhualam

ok ni je lah cerita faa untuk hari ni smile xoxo :*

SEKIAN
TERIMA KASIH

2 comments:

  1. satu peringatan pada diri ena.. terima kasih share benda ni... semoga kita sama2 jd muslimah yg sejati.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama, peringatan untu semua, AAMIIN semoga kita semua menjadi muslimah y sejati ( :

      Delete